Posts

Showing posts from September, 2019

ASAS PERTOLONGAN CEMAS

Image
ASAS PERTOLONGAN CEMAS MATLAMAT          Menyelamat nyawa           Mengelak mangsa cedera lebih serius           Mengurangkan kesakitan          Menguruskan pemindahan ke hospital PERALATAN PERTOLONGAN CEMAS T ermometer Mangkuk Enamel Aspirin Panadol Ubat melepuh Kain Pembalut luka Kain tekap Kapas Gunting Kain kapas Pin semat Elastoplast Ubat luka Kain segitiga PEMBEBATAN DAN PEMBALUT  PEMBEBATAN JENIS KAIN PEMBALUT         Pembalut Segitiga         Pembalut Lebar         Pembalut Kecil         Pembalut Gulung JENIS BALUTAN LUKA 1) Luka Tangan 2)  Luka Dada 3)  Luka Bahu 4)  Luka Peha 5)  Luka Siku 6)  Luka Lengan 7)  Luka kutut 8)  Luka jari

ASAS KAWAD KAKI PENGAKAP

Image
Asas Perbarisan Setiap pengakap boleh melakukan pergerakan asas perbarisan dengan betul dan serentak. Mereka seharusnya dapat memberi hukuman atau sebagai ketua perbarisan dalam patrolnya sendiri. Mereka perlu sentiasa berlatoh melakukan pergerakan asas perbarisan. Di bawah ini, terdapat beberapa pergerakan dalam asas perbarisan. Masuk Baris Biasanya, arahan akan diberikan oleh ketua perbarisan atau lebih dikenali sebagai jurukawat. Kedudukan ahli pengakap bergantung pada arahan yang diberikan oleh jurukawat. Pada kebiasaannya, semasa latihan perbarisan, pengakap berada dalam tiga barisan. Apabila masuk baris, ahli pengakap dikehendaki berada dalam ’sedia’. Sedia Berdiri dengan kedua-dua tumit dirapatkan dan hujung kaki dibuka lebih kurang 12 cm hingga 15 cm. Kedua-dua paha hendaklah dirapatkan, genggaman tangan diletakkan ke penjahit seluar, buka dada, dagu didongakkan ke atas supaya dapat memandang ke hadapan. Senang Diri Keadaan d

SIMPULAN DAN IKATAN

Image
SIMPULAN DAN IKATAN PENGAKAP SIMPULAN BUKU SILA Untuk sambung dua utas tali yang sama besar.Suatu simpulan yang tegap dan tidak mudah lucut.Ia digunakan untuk mengikat benda -benda kecil seperti mengikat layar kapal, bungkusan, mematikan simpulan pada anduh, dan mengikat khemah yang dilipat.         2. TINDIH KASIH Digunakan untuk membuat tanjul yang tidak boleh mencerut.Ia juga digunakan untuk kerja-kerja menyelamat,iaitu dengan cara mengikatkan tali pada pinggang. Sebenarnya,terdapat pelbagai jenis tindih kasih yang terdapat dalam silibus ikatan 7 simpulan tali, tetapi adalah di antaranya yang paling asas, dan biasa dipelajari dalam krs.          3. SIMPULAN BUNGA KETI Untuk sambung dua utas tali yang tidak sama besar atau tali yang berlainan jenisnya.Digunakan untuk sambung tali penarik bendera ke tali di penghujung bendera dalam flag break.             4. IKATAN MANUK Ikatan ini digunakan untuk mengikat tali pada kayu balak, tiang atau pan

KEMAHIRAN PERKHEMAHAN

Image
  KONSEP BERKHEMAH Khemah boleh didefinisikn sebagai tempat tinggal sementara yang selamat , selesa dan mempunyai kemudahan asas yang minima. Tidak kira juga apa bentuk dan jenis tempat berlindungan itu , ia dikategorikan sebagai khemah . Maksud Tempat Perlindungan adalah sebarang bentuk tempat perlindungan tidak kira dari canves , nylon atau pun daun dan mungkin juga dari batu dan simen sepertimana yang didirikan oleh warga pelarian perang di tapak sementara di negeri orang . Apa yang pentingnya ialah , ia boleh memberi perlindungan dari hujan , panas , kesejukan dan juga angin . Bagi warga rekreasi , khemah yang diperlukan adalah ringan , lasak dan senang dipasang dan dibuka semula . Khemah yang paling sesuai adalah   diperbuat dari bahan nylon dan jenis-jenis lain yang bersifat ringan .  JENIS-JENIS KHEMAH Terdapat   tiga bentuk khemah yang sesuai dengan tiga bentuk