ASAS KAWAD KAKI PENGAKAP
Asas Perbarisan
Setiap pengakap boleh melakukan pergerakan asas perbarisan
dengan betul dan serentak. Mereka seharusnya dapat memberi hukuman atau sebagai
ketua perbarisan dalam patrolnya sendiri. Mereka perlu sentiasa berlatoh
melakukan pergerakan asas perbarisan. Di bawah ini, terdapat beberapa
pergerakan dalam asas perbarisan.
- Masuk Baris
Biasanya, arahan akan diberikan oleh ketua perbarisan atau lebih
dikenali sebagai jurukawat. Kedudukan ahli pengakap bergantung pada arahan yang
diberikan oleh jurukawat. Pada kebiasaannya, semasa latihan perbarisan,
pengakap berada dalam tiga barisan. Apabila masuk baris, ahli pengakap
dikehendaki berada dalam ’sedia’.
- Sedia
Berdiri dengan kedua-dua tumit dirapatkan dan hujung kaki dibuka
lebih kurang 12 cm hingga 15 cm. Kedua-dua paha hendaklah dirapatkan, genggaman
tangan diletakkan ke penjahit seluar, buka dada, dagu didongakkan ke atas
supaya dapat memandang ke hadapan.
- Senang Diri
Keadaan dada dan kepala pengakap semasa kedudukan ’senang diri’
adalah sama seperti kedudukan ’sedia’. Letakkan tangan kanan di atas tangan
kiri, ibu jari bersilang dan pastikan jari-jari rapat dan lurus. Tangan
diletakkan ke paras punggung dan pastikan lengan rapat ke tubuh.
- Rehatkan Diri
Kedudukannya sama seperti ’senang diri’. Perbezaannya adalah
tangan diletakkan di paras pinggang dan pastikan siku tidak bersentuh dengan
tubuh.
- Ke Kanan Lurus dan Pandang Hadapan
Penanda barisan, iaitu pengakap yang berada di barisan hadapan
kanan sekali tidak perlu melakukan pergerakan. Apabila arahan diberikan, semua
pengakap yang berada di barisan hadapan, kecuali ’penanda’ keluarkan kaki kiri
ke hadapan, angkat sedikit ke atas dan hentak kaki ke tanah. Diikuti kaki kanan
diangkat ke hadapan dan dihentak ke tanah di sebelah kaki kiri. Pastikan
kedua-dua kaki rapat. Pandang muka ke kanan, dan dalam masa yang sama angkat
genggaman tangan kanan supaya menyentuh bahu orang di sebelah kanan. Betulkan
barisan dengan cara menggerakkan kaki sehingga barisan menjadi lurus. Pada masa
yang sama, pengakap yang berada di barisan tengah dan barisan belakang perlu
mengikut menggerakkan kaki supaya kedudukannya yang selari dengan pengakap yang
berada di sebelah kanan dan hadapan masing-masing sambil muka ditolehkan ke
kanan. Apabila barisan sudah menjadi lurus, hentikan pergerakan kaki dan berada
dalam keadaan diam. Apabila mendengar arahan ’pandang depan’, jatuhkan tangan
kanan dan dengan serentak palingkan muka ke hadapan. Kedudukan ini mesti dalam
keadaan ’sedia’.
- Ke Kanan Pusing
Pengakap berada dalam kedudukan ’sedia’. Apabila mendengar
hukuman ke kanan pusing, pengakap dikehendaki pusingkan kaki kanan sebanyak 90°
ke kanan. Angkat kaki kiri dan hentak kaki kiri di sebelah kaki kanan supaya
dalam kedudukan sedia. Pergerakan dilakukan dengan menggunakan tumit kaki kanan
dan hujung kaki kira.
- Ke Kiri Pusing
Pengakap berada dalam kedudukan sedia. Apabila mendengar hukuman
ke kiri pusing, pengakap dikehendaki pusingkan kaki kiri sebanyak 90° ke kiri.
Angkat kaki kanan dan hentak kaki kanan di sebelah kaki kiri supaya dalam
kedudukan sedia. Pergerakan dilakukan dengan menggunakan tumit kaki kiri dan
hujung kaki kanan.
- Ke Belakang Pusing
Pengakap berada dalam kedudukan sedia. Apabila mendengar hukuman
ke belakang pusing, pengakap dikehendaki pusingkan kaki kanan sebanyak 180° ke
belakang mengikut arah pusingan jam. Angkat kaki kiri dan hentak kaki kiri di
sebelah kaki kanan supaya dalam kedudukan sedia. Pergerakan dilakukan dengan
menggunakan tumit kaki kanan dan hujung kaki kiri.
- Buka Barisan
Pergerakan ini dilakukan oleh Pengakap yang berada dalam barisan
hadapan dan barisan belakang sahaja. Pengakap dalam barisan tengah tidak
melakukan sebarang pergerakkan. Pengakap berada dalam keadaan sedia. Apabila
mendengar hukuman, Pengakap di barisan hadapan bergerak dua langkah ke hadapan
dan pengakap di barisan belakang bergerak dua langkah ke belakang. Seterusnya
hentak kaki kiri disebelah kaki kanan dan akhirnya hentak kaki kanan supaya
berada dalam keadaan sedia semula.
⇐ ⇐ ⇒ ⇒
- Tutup Barisan
Pergerakan ini dilakukan oleh Pengakap dalam barisan hadapan dan
belakang. Pengakap yang berada di barisan tengah tidak melakukan sebarang
pergerakkan. Pengakap berada dalam kedudukan ’sedia’. Apibila mendengar hukuman
tutup barisan, Pengakap di barisan hadapan bergerak dua langkah ke belakang
manakala di barisan belakang bergerak dua langkah ke hadapan. Seterusnya,
hentak kaki kiri disebelah kaki kanan dan akhirnya hentak kaki kanan supaya
berada dalam keadaan sedia semula.
⇒ ⇒ ⇐ ⇐
- Langkah Ke Sebelah
Hukuman langkah ke sebelah boleh diberikan dalam dua
pergerakkan, iaitu langkah ke sebelah kanan dan langkah ke sebelah kiri.
Pengakap berada dalam kedudukan sedia. Apabila mendengar hukuman langkah ke
sebelah kanan, Pengakap dikehendaki mengangkat dan meletakkan kaki kanan
di sebelah kanan kira-kira 20 inci. Seterusnya, angkat kaki kiri dan hentak di
sebelah kaki kanan supaya dalam kedudukan sedia. Apabila mendengar hukuman
langkah ke sebelah kiri, Pengakap dikehandaki mengangkat dan meletakkan kaki
kiri disebelah kiri kira-kira 20 inci. Seterusnya, angkat kaki kanan dan hentak
di sebelah kaki kiri supaya dalam kedudukan sedia.
- Paras
Tujuan arahan paras diberikan supaya barisan dibentuk adalah
menarik dan senang membuat pergerakkan. Bentuk paras bergantung kepada
jurukawat dan jenis pertandingan yang ingin dilaksanakan. Empat jenis paras
yang boleh diberikan iaitu:-
Paras ahli tinggi di tengah;
Paras ahli rendah ditengah;
Paras ahli tinggi di kiri;
dan
Paras ahli rendah di kiri.
- Keluar Baris
Arahan ini diberikan bertujuan untuk memberi masa rehat untuk
melakukan aktiviti seterusnya. Apabila hukuman diberikan, Pengakap hendaklah
berpusing ke kanan, bergerak 3 langkah ke hadapan dengan kaki kiri bergerak
dahulu dan akhirnya berpecah.
- Bersurai
Arahan ini diberikan apabila semua aktiviti hari tersebut
selesai atau tamat. Apabila hukuman diberikan, Pengakap hendaklah berpusing ke
kanan, memberi hormat pengakap, bergerak 3 langkah ke hadapan denga kaki kiri
bergerak dahulu dan akhirnya berpecah.
HUKUMAN KAWAD
1. Baris, baris sedia…
2. Baris, senang diri….
3. Rehatkan diri…..
4. Scout….
1. Luruskan barisan,
2.
Scout,
3.
Buka barisan, Gerak…,
1.
Ke kanan lurus,
2.Pandang
depan….,
1.
Bergerak ke kanan, kanan sing..,
2.
Menghadap kehadapan, kiri Sing…,
1.
Bergerak ke kiri, kiri Sing…,
2.
Menghadap kehadapan, kanan Sing…,
1.
Menghadap kebelakang, belakang sing…,
2.
Menghadap ke hadapan, belakang sing…,
1.
Dua langkah ke kiri, Gerak…,
1.
Tutup barisan, Gerak…,
2.
Keluar……….Baris.
Comments
Post a Comment